BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Mac 27, 2010

Pikom PC Fair 2010








2 - 4 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Dewan 2020, Kangar, Perlis
Village Mall, Sungai Petani, Kedah
Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor

8 - 10 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)

KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu

9 - 11 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)

Penang International Sports Arena (PISA), Penang
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka

16 - 18 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)

Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Dewan Perbandaran Taiping, Taiping, Perak
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor

30 APRIL - 2 MAY 2010 (11:00am - 9:00pm)
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Dewan Jubli Intan, Muar, Johor
Permata Car Park, Kuching, Sarawak
Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu, Sarawak
Dewan Masyarakat, Sandakan, Sabah

7 - 9 MAY 2010 (11:00am - 9:00pm)
Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak
Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
Miri Indoor Stadium, Miri, Sarawak
1 Borneo, LG Car Park Exhibition Hall, Kota Kinabalu, Sabah
Dewan Masyarakat, Tawau, Sabah

Jun 22, 2009

Tips Membeli Kamera Digital

Tips Membeli Kamera Digital.

Kamera Digital adalah diantara kamera yang tidak menggunakan filem dan mempunyai fungsi yang pada kebanyakkannya sama seperti kamera 35mm tetapi menawarkan lebih kepelbagaian yang beguna berbanding kamera lama 35mm. Walaupun kebanyakkan kamera digital mempunyai bentuk yang hampir sama seperti kamera tradisional tetapi pada dasarnya ia mempunyai beberapa perbezaan.

Fotografi digital adalah unik dari segi bagaimana sesuatu imej itu ditangkap dan disimpan. Fungsi pada kamera digital adalah bergantung kepada teknologi imej digital itu sediri dimana ia menggunakan teknologi yang dinamakan ‘electronic image sensor’ dan ‘microprocessor’ untuk menangkap sesuatu gambar/imej. Sementara itu, teknologi digital imej menggunakan rangkaian talian daripada ’sensors’ yang sangat kecil yang menterjemahkan apa yang masuk dari lens kepada data. Data ini kemudiannya dihantar kepada fail imej dan kemudiannya direkod pada memori dalaman kamera atau pada PC boleh disilihganti ‘flash card’. Apabila gambar telah berada pada memori kamera, ini bermakna ia sudah sedia untuk dicetak, dilihat atau muat turun ke komputer.



Memilih Kamera Digital

Antara perkara-perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli kamera digital:

Resolusi dan Kualiti Imej

Apabila membeli kamera digital, resolusi pada imej yang anda pilih mestilah memenuhi keperluan pada fotografi. Jika anda ingin meletakkan imej pada laman web atau bercadang untuk menghantar gambar melalui e-mail, tetapkan kamera anda pada resolusi kamera berukuran 640-sehingga-480pixel bagi memastikan saiz ile itu kecil dan boleh muat turun dengan cepat. Namun, jika anda bercadang untuk mencetak gambar, pilih resolusi yang tinggi seperti 1,280-sehingga-1,024 pixels. Lebih tinggi pixel yang ada gunakan, lebih tinggi resolusi yang digunakan dan apaila lebih tingi resolusi yang digunakan bermakna lebih besar gambar yang dicetak dengan keputusan yang lebih baik. Jangan lupa juga bahawa mesin mencetak juga memainkan peranan yang penting. Oleh itu, anda juga perlu menggunakan mesin pencetak bewarna yang berkualiti.

Kemudahan Sambungan

Kebanyakkan kamera lama dan beberapa kamera yang baru bergantung pada sambungan ke komputer mengunakan ’serial port’. Ini adalah sambungan yang agak lambat yang selalu memerlukan ‘rebooting’ apabila memasangkan sambungan dari kamera ke komputer. Untuk memudahkan anda, anda bolehlah membeli kamera yag mempunyai sambungan USB yan menyambunkan kamera anda ke komputer. Penyambung USB akan memindahkan gambar dengan cepat, mudah untuk digunakan dan ‘hot swappable’. ‘Hot swappable’ bermaksud, apabila anda melekatkan sambungan USB dari kamera ke komputer dan komputer akan memastikan ‘re-boot’ tidak akan berlaku.

Mudah digunakan.

Anda perlu memastikan sesuatu kamera itu mudah digunakan sebelum berlakunya pembelian. Cari yang besar, punat butang dan dokumantasi yang mudah difahami. Ingat, lebih banyak cri-ciri pada sesuatu kamera itu, lebih rumit untuk digunakan. Jika anda memahami apa itu pegimbangan warna dan digital zoom, anda tidak akan memilih kamera yang mempunyai ciri-ciri yang merumitkan. Oleh itu, adalah penting untuk menyesuaikan kerumitan pada kamera dengan pengalaman bergambar anda. Jika tidak, pilihlah kepelbagaian ‘point-dan-shoot’ pada kamera yang akan memberikan keputusan yang baik tanpa banyak manipulasi.

Tempat Menyimpan Fail.

Kamera yang menggunakan media menyimpan boleh pindah semula adalah yang terbaik bagi semua pengguna. Antara media menyimpan oleh pindah semula yang terkenal pada masa kini ialah ‘CompactFlash’ atau ‘SmartMedia’. Kedua-dua tempat menimpan ini adalah cakerayand sangat kecil iaitu kurang dari satu per tiga saiz cekera liut. ‘CompactFlash’ dan ‘SmartMedia’ tidak boleh ditukar atau disiliganti. Jikan anda sudah mempunyai beberapa kelengkapan yang hanya menggunakan satu jenis kad, ini bermakna anda perlu membeli kamera yang menggunakan kad jenis yang sama. Mahupun format ini adalah lebih baik dari yang lain, tetapi tetap ada kelainannya. Kamera yang menyimpan gambar pada cekera sudahpun terkenal kerana tempat menyimpan ini murah dan lebih mudah. Anda boleh mengambil keluar cakera liut dan masukkan ke komputer. Walau bagaimanapun, Cakera liut tidak mempunyai kapasiti yang diperlukan untuk menampung imej yang mempunyai resolusi tinggi. Jika gambar yang diambil itu dikhaskan untuk Internet atau e-mail, kamera cakera liut boleh digunakan namun jika gambar berkenaan untuk dicetak, anda memerlukan kad ‘CompactFlash’ atau kad ‘SmartMedia’ kerana ia boleh menyimpan banyak data dan boleh juga digunakan bagi gambar berresolusi tinggi. Satu penyelesaian yang dapat memudahkan anda bagi yang menggunakan cakera liut padakamera yang mempunyai resolusi tinggi adalah dengan membeli ‘floppy disk drive adapter’.

Bateri / AC Adapter

Bateri dan jangka hayat bateri adalah antara perkara yang penting dalam penggunaan kamera digital. Pilih kamera yang memberikan jangka hayat bateri yang panjang. Sesetengah kamera didatangi dengan bateri cas semula dan adakalanya sehingga dua set bateri cas semula berkenaan dimana satu digunakan untuk kamera dan satu lagi untuk disimpan sebagai penggantian. Pilih juga kamera yang boleh menggunakan ‘double atau triple-A’ yang biasa yang boleh didapati di kedai-kedai biasa apabila anda memerlukannya. Jangan mencampurkan bateri cas semula dan bateri biasa ketika mengunakan kamera. Apabila menggunakan kamera digital, anda perlu merancang untuk membeli tempat mengecas bateri dan juga bateri tambahan untuk kemudahan anda terutamanya ketika muat turun imej ke komputer.

Format Fail.

Jika anda sedang menggunakan beberapa jenis perisian untuk menguruskan gambar-gambar anda, perlulah dipastikan kamera digital anda menghasilkan gambar didalam format fail sepertimana yang digunakan oleh perisian tersebut. Format yang biasa digunakan pada masa kini ialah JPEG. Ada kemunkinan juga bila mana anda ingin memindahkan gambar dari satu format ke format yang lain, tetapi anda perlu memastikan kemampuan kemera itu terlebih dahulu sebelum membelinya.

Perisian / Software

Hampir kesemua kamera digital didatangi dengan perisian yang membenarkan anda untuk muat turun gambar ke komputer, menyunting gambar dan membetulkan mana-mana kesilapan pada gambar. Pilih kamera yang didatangi dengan perisian dan ini akan menjadi kelebihan pada anda. Jika perisian yang mengiringi kamera itu tidak memuaskan hati anda, Microsoft’s Picture It, Adobe’s Photo Deluxe atau Sierra’s Image Expert adalah antara pilihan perisian tambahan yang boleh dibeli dan digunakan untuk menceriakan lagi gambar-gambar yang diambil.

Ciri-ciri lain.

‘Built-in flash’ yang baik adalah penting untuk shots dalaman mahupun shot luaran. Selain itu juga anda perlu pertimbangkan zoom dan ‘wide-angle lenses’ dimana akan membuatkan gambar anda lebih berkesan.

Kualiti Syarikat

Lihat pada logo atau pengenalan syarikat yang tertera pada belakang kamera anda. Pastikan syarikat berkenaan menyokong produk yang mereka keluarkan.

Jaminan

Ketahui apa yang dilindungi dibawah jaminan yang dikeluarkan oleh syarikat kamera berkenaan. Periksa dimana tempat menservis kamera berada. Adakah ia berada dikawasan tempatan atau anda perlu menghantar kamera untuk diservis. Selain itu, pastikan samada kamera anda mudah diperbaiki jika tempoh jaminan membaiki atau menservis kamera sudah tamat.

Ketahui kemampuan kamera anda.

Ambil masa yang secukupnya untuk memahami tentang kamera baru anda dan bagaimana ia beroperasi. Baca manual yang diberikan dengan teliti kerana ia akan memudahka anda mengendalikan kamera dengan betul dan baik. Banyak kamera digital didatangi dengan penyambung S-Video yang membenarkan anda untuk menyambung kamera ke televisyen untuk menonton mahupun mencipta ’slidesow’ daripada gambar-gambar yang anda ambil.