BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Mac 02, 2009

Norton Antivirus2009 Gaminng Edition

Norton Antivirus 2009 Edisi Permainan

Imej skrin / interface

Symantec Crop memperkenalkan Norton Antivirus 2009 Edisi Permainan yang menawarkan perlindungan pc daripada Malware serta pada masa yang sama direka khas utuk komuniti pemain tegar. Permainan kini tidak akan tergangu oleh amaran atau imbasan virus yang tiba-tiba muncul pada skrin dan selalunya melambatkan permainan kerana pengguna boleh menetapkan jadual imbasan serta ia secara pintar boleh berkerja dibelakang.

Terdapat Mod Gamer yang membolehkan pengguna menunda kemaskini, amaran dan secara automatik beroperasi apabila komputer berada dalam mod skrin penuh. Pengguna akan dilindungi daripada virus, Spayware, Cecasing, Trojan, Keylogger, Bot, dan laman web berbahaya meskipun sedang bermai. Menariknya, antivirus ini hanya menggunakan 6mb memori dan boleh mula segera saat serta purata imbasan 35 saat.

Februari 25, 2009

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

Soalan:
Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?

Penerangan:
Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Penyelesaian:

  1. Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.
  2. Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
    - Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
    - Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
  3. Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
  4. Restart komputer